Senin, 30 Maret 2009

Morfologi dan Kegunaan Alaban


Nama botani : Vitex pubescens Vahl.

Nama lain : Leban, Alaban

Famili : Verbenaceae


Habitat

Tumbuhan Alaban mudah ditemui hidup dalam keadaan liar di kampung, di tepi sungai dan di hutan.

Ciri morfologi

Pokok halban sederhana hingga besar, mencapai 25 m tingginya. Kulit batangnya berwarna kuning kelabu. Kulit batang pokok tua merekah dan berkeping-keping nipis. Kanopi pokok bulat tetapi kadang-kadang bentuknya tidak sekata. Ranting, tangkai daun, jambak bunga dan permukaan bawah daun berbulu halus. Daun jenis majmuk, mengandungi 3-5 anak daun yang besar. Anak daun tanpa tangkai atau sesil. Warnanya hijau pucat. Bunga halban keeil, terdapat pada jambak panikel hujung yang besar. Brakteanya perang kehijauan dan kelopak bunganya biru keunguan. Buah halban hijau, dan apabila masak bertukar menjadi ungu dan kemudiannya hitam.

Kegunaan dan khasiat

Daun halban digunakan untuk mengubati luka dan demam. Bagi mengubati luka, daun diramas di tapak tangan dan disapu pada luka. Untuk mengubati demam, daun ditumbuk dan dituam pada kepala dan badan.

ARTIKEL TERKAIT:

mjumani, Updated at: Senin, Maret 30, 2009

0 komentar:

Posting Komentar

Mohon Maaf Pesan Akan di Moderasi Dulu Sebelum Di Terbitkan
Pesan yang kurang sopan atau kurang pantas akan di Hapus.

 

mjumanion